Monday, April 18, 2011
malam yang buta
Pada satu malam buta, aku terjaga daripada tidur. Apabila ku melihat kiri kanan ku, tiada seorang pun yang berada bersamaku. Lalu, aku bangun dan jalan balik ke bilik ku dengan memakai crocs berwarna cokelat. Ku dapat merasa yang aku sedang meninggalkan phi gamma yang dipuaka oleh jururawat perang sivil. Selepas perjalanan yang memakan dua minit itu, sampailah badan aku dihadapan bilik timur 132. Tetapi minda dan pikiran aku terpaut pada bunyi yang dibuat oleh dua orang manusia yang berada dibilik hadapan bilik aku. Tampaknya, mereka berdua bernafas dengan begitu pantas dan mengeluarkan bunyi-bunyi erotik. babi.. nak buat pun jangan lah kuat sangat. ni bagi seluruh dunia ni dengor buat ape? hampeh...
Monday, April 11, 2011
pada waktu sekarang
Aku tidak boleh berganjak daripada kerusi sofa yang sungguh selesa ini. Terasa diriku terikat pada kerusi ini dengan rantai aloi yang diperbuat daripada besi dan gangsa. Mindaku tercengat memikir pasal semua kerja rumah yang berada dipundakku. Walaupun kelopak mataku makin lama makin menjadi seberat 2 guni beras, aku tidak boleh tidur kerana segala kaffein yang ku telah minum pada sebelah petang. Badanku panas seperti ayam goreng didalam kuali yang penuh dengan minyak masak cap Pisau. Sepasang kekasih sibuk bercinta dan bercumbuan dihadapanku. Terasa aku nak bagi penampar kat muka laki itu kerana dia sibuk bertanya kepada perempuan tersebut sama ada dia boleh memasukkan zakarnya ke dalam faraj perempuan tersebut. Menjijikan. Begitulah kisah hidup aku pada waktu sekarang
Subscribe to:
Posts (Atom)